PBT

Sempena Deepavali, MPK kongsi keceriaan bersama golongan memerlukan

17 Nov 2023, 10:23 AM
Sempena Deepavali, MPK kongsi keceriaan bersama golongan memerlukan
Sempena Deepavali, MPK kongsi keceriaan bersama golongan memerlukan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KLANG, 17 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) meraikan 200 tetamu terdiri dalam kalangan golongan memerlukan sempena Majlis Mesra Deepavali di Dewan Hamzah, di sini hari ini.

Yang Dipertua MPK Noraini Roslan berkata program tersebut antara cara pihaknya mendekati masyarakat serta membantu golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak.

"Kemeriahan dan keriangan perayaan Deepavali menjadi lebih bermakna apabila dikongsi dengan mereka yang memerlukan.

“Menjadi harapan besar agar sambutan perayaan seperti ini akan membuka ruang luas untuk MPK memupuk nilai keprihatinan dan saling menghormati tanpa mengira bangsa.

“Saya yakin perayaan seperti ini akan disambut dengan penuh semangat muhibah kerana secara langsung ia dapat memupuk persahabatan dan keharmonian lebih kukuh lagi dalam kalangan warga kerja majlis dan orang awam,” katanya.

Pada majlis sama, Noraini turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 penerima terdiri dalam kalangan golongan memerlukan sekitar 23 zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)  di bawah pentadbiran MPK.

[caption id="attachment_613914" align="aligncenter" width="716"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan sempena Majlis Mesra Deepavali bersama MPK di Dewan Hamzah, Klang pada 17 November 2023. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619