ad
BERITA UTAMA

RM3 juta perluas bantuan wang saku jemaah haji

11 Nov 2023, 1:00 PM
RM3 juta perluas bantuan wang saku jemaah haji
RM3 juta perluas bantuan wang saku jemaah haji

SHAH ALAM, 11 NOV: Peruntukan Insentif Haji Muassasah Selangor dinaikkan daripada RM1.5 juta kepada RM3 juta pada 2024.

Dato’ Menteri Besar berkata ia sejajar matlamat dalam Tawaran Kita Selangor yang mahu meluaskan bantuan wang saku sebagai subsidi ibadah haji.

“Saban tahun, Kerajaan Negeri menerima sambutan yang amat menggalakkan berkenaan Insentif Haji Muassasah Selangor.

“Tahun lalu, jemaah haji muassasah diberi wang tunai RM500 bagi membantu mereka melaksana ibadah haji di Baitullah (Makkah),”kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor semalam.

[caption id="attachment_518093" align="aligncenter" width="809"] Bakal jemaah haji bergambar selepas selesai menerima insentif Haji Muassasah di Masjid Al-Amaniah Gombak pada 20 Julai 2017. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Tahun ini, Selangor menyalur bantuan dengan usahasama Lembaga Tabung Haji kepada 3,000 jemaah haji melibatkan peruntukan berjumlah RM1.653 juta .

Progam kendalian Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) turut mengagih kit syifa seperti ubatubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

Selangor satu-satunya negeri yang melaksanakan program bantuan berkenaan kepada jemaah haji atas keprihatinan pentadbiran kepada penduduk beragama Islam sejak 2017.

Sementara itu, Kerajaan Selangor turut memperuntuk RM700,000 bagi membaik pulih tandas 14 masjid di lokasi jalan utama negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.