EXCO

Insentif haji RM1,000, seramai 127 jemaah DUN Kota Anggerik terima manfaat

6 Jul 2025, 5:15 AM
Insentif haji RM1,000, seramai 127 jemaah DUN Kota Anggerik terima manfaat
Insentif haji RM1,000, seramai 127 jemaah DUN Kota Anggerik terima manfaat
Insentif haji RM1,000, seramai 127 jemaah DUN Kota Anggerik terima manfaat
Insentif haji RM1,000, seramai 127 jemaah DUN Kota Anggerik terima manfaat
Insentif haji RM1,000, seramai 127 jemaah DUN Kota Anggerik terima manfaat
Insentif haji RM1,000, seramai 127 jemaah DUN Kota Anggerik terima manfaat
Insentif haji RM1,000, seramai 127 jemaah DUN Kota Anggerik terima manfaat
Insentif haji RM1,000, seramai 127 jemaah DUN Kota Anggerik terima manfaat

SHAH ALAM, 6 JULAI: Seramai 127 jemaah haji Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menerima Insentif Haji Muassasah Selangor 2025 bernilai RM1,000.

Wakil rakyat DUN Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi berkata sumbangan Kerajaan Negeri melalui Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI itu diharap dapat membantu menampung perbelanjaan penerima selepas selesai menunaikan ibadah haji.

“Sebelum ini sumbangan RM500, kini Kerajaan Negeri naikkan kepada RM1,000. Diharap dapat membantu perbelanjaan jemaah selepas balik daripada menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah semua jemaah DUN Kota Anggerik pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis penyampaian Insentif Haji Muassasah MBI-DUN Kota Anggerik 2025 di masjid negeri di sini, hari ini.

[caption id="attachment_708902" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi bergambar bersama penerima selepas Majlis Penyerahan Insentif Haji Muassasah Selangor 2025 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 6 Jualai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, penerima Abu Hassan Darusman, 58, berkata sumbangan itu ibarat rezeki berganda buat beliau dan lima anaknya yang dapat menunaikan ibadah haji sekeluarga tahun ini.

“Bantuan RM1,000 ini sangat bermakna bagi kami. Anak-anak pun ada yang masih belajar, jadi masuk semester nanti boleh guna duit itu untuk bayar yuran dan sebagainya.

“Kami amat bersyukur dapat sumbangan sebanyak RM1,000 seorang, rezeki kami anak-beranak. Kami tahu mengenai program ini dari aplikasi whatsapp, permohonan mudah, kelulusan juga mudah,” katanya.

Permohonan insentif yang menyasarkan 6,000 jemaah menerusi peruntukan RM6 juta tahun ini, masih dibuka sehingga 25 Julai ini. Jemaah boleh memohon menerusi pusat khidmat DUN atau penyelaras DUN.

Pada tahun lepas, nilai insentif dinaikkan kepada RM1,000 yang memanfaatkan 6,000 penerima. Berbanding 2022 dan 2023, hanya 3,000 jemaah haji menerima sumbangan RM500 setiap tahun daripada Kerajaan Negeri.

[caption id="attachment_708901" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi menyampaikan insentif haji kepada peserta sempena Majlis Penyerahan Insentif Haji Muassasah Selangor 2025 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 6 Jualai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708904" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi menyampaikan insentif haji kepada peserta sempena Majlis Penyerahan Insentif Haji Muassasah Selangor 2025 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 6 Jualai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708905" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi menyampaikan insentif haji kepada peserta sempena Majlis Penyerahan Insentif Haji Muassasah Selangor 2025 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 6 Jualai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708903" align="aligncenter" width="700"] Peserta menunjukkan insentif haji yang diterima selepas majlis Penyerahan Insentif Haji Muassasah Selangor 2025 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 6 Jualai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708899" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi bergambar bersama penerima selepas Majlis Penyerahan Insentif Haji Muassasah Selangor 2025 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 6 Jualai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708906" align="aligncenter" width="700"] Baucar Insentif Haji Muassasah Selangor 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619