AGENDA

Lebih 950,000 individu dapat kerja melalui portal MyFutureJobs

5 Nov 2023, 2:29 PM
Lebih 950,000 individu dapat kerja melalui portal MyFutureJobs

GOMBAK, 5 NOV: Seramai 954,520 individu seluruh negara mendapat kerja dalam pelbagai sektor melalui portal MyFutureJobs yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak 2020.

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata angka yang direkod hingga 19 Oktober turut menunjukkan seramai 231,267 daripada jumlah itu mendapat penempatan kerja di Selangor.

“Portal ini salah satu inisiatif membantu pekerja diberhentikan, individu menganggur atau graduan, belia dan pekerja yang sedang mencari pekerjaan baharu.

“Malah portal canggih ini mampu membuat padanan pekerjaan berdasarkan kelayakan dan kemahiran pencari kerja,” katanya berucap merasmikan Jelajah Madani bersama Kementerian Sumber Manusia hari ini.

Turut hadir pada siri ketiga jelajah di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves di sini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Sumber Manusia V Papparaidu.

Pada majlis sama, Sivakumar dan Amirudin mengagih 150 bantuan bakul makanan bagi meringankan kos perbelanjaan barangan dapur golongan kurang mampu termasuk 10 komputer riba untuk pelajar cemerlang.

Sementara itu, Sivakumar memaklumkan 33 peratus daripada 111,326 pelajar mendapat pekerjaan pertama di syarikat mereka menjalani latihan industri melalui program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) sejak 2012 hingga tahun lalu.

Menurutnya, sebanyak 501 syarikat seluruh negara berdaftar bawah inisiatif saluran transisi dari alam persekolahan ke alam pekerjaan yang dijalankan dengan kerjasama TalentCorp.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619