AGENDA

175,999 suri rumah carum skim keselamatan sosial Perkeso setakat 2 Mei

6 Mei 2023, 10:30 AM
175,999 suri rumah carum skim keselamatan sosial Perkeso setakat 2 Mei
175,999 suri rumah carum skim keselamatan sosial Perkeso setakat 2 Mei
175,999 suri rumah carum skim keselamatan sosial Perkeso setakat 2 Mei
175,999 suri rumah carum skim keselamatan sosial Perkeso setakat 2 Mei

Oleh DIANA ABD WAHAB

KLANG, 6 MEI: Seramai 175,999 individu mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sejak ia dilancarkan pada 1 Disember 2022 hingga 2 Mei lalu.

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata daripada jumlah itu, seramai 6,692 peserta adalah suri rumah dari Selangor.

[caption id="attachment_579945" align="aligncenter" width="787"] Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berucap ketika Majlis perasmian Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Selangor 2023 di Dewan Hamzah, Klang pada 6 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita menyasarkan 500,000 suri rumah dilindungi tahun ini dan kita sokong usaha Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) promosikan SKSSR di setiap karnival kerjaya.

“Ia beri peluang kepada orang ramai untuk lebih memahami skim ini. Saya galakkan orang ramai mencarum kerana hanya RM120 perlu bayar untuk perlindungan setahun.

“Jumlah itu sangat minimum. Kita sangat berharap lebih ramai orang akan mencarum yang akan memberikan pelbagai manfaat kepada suri rumah pada masa akan depan,” katanya.

[caption id="attachment_579984" align="aligncenter" width="815"] Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar (dua, kanan) menyampaikan sijil perlindungan kepada suri rumah ketika Majlis perasmian Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Selangor 2023 di Dewan Hamzah, Klang pada 6 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu beliau merasmikan Karnival Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Negeri Selangor di Dewan Hamzah, di sini hari ini.

Turut hadir, EXCO Pemberdayaan Kerja V Ganabatirau, Pengerusi Perkeso Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Sementara itu suri rumah yang ditemui pada karnival terbabit menyambut baik SKSSR bagi membela nasib mereka.

Amutha Chandran, 48, yang mula mencarum sejak Disember tahun lalu berkata inisiatif yang diperkenalkan Perkeso itu penting sebagai persediaan masa depan.

[caption id="attachment_579986" align="aligncenter" width="812"] Amutha Chandran 48[/caption]

“Bila ada perlindungan begini saya rasa keselamatan lebih terjamin kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Skim perlindungan ini baik kerana bela nasib suri rumah yang tiada pendapatan dan tidak perlu hanya bergantung kepada suami,” katanya.

SKSSR yang dikuatkuasakan pada 1 Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 merupakan usaha kerajaan dalam memastikan perlindungan keselamatan sosial meliputi seluruh lapisan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana golongan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619