BERITA UTAMA

Projek ECRL lalui Klang libat empat blok Rancangan Tempatan

1 Nov 2023, 1:45 AM
Projek ECRL lalui Klang libat empat blok Rancangan Tempatan
Projek ECRL lalui Klang libat empat blok Rancangan Tempatan

KLANG, 1 NOV: Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 21.05 kilometer (km) akan melalui Klang melibatkan empat blok Rancangan Tempatan (RT).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan berkata blok terbabit ialah laluan Kapar Meru, Klang Utama, Sementa dan Sungai Klang.

"Terdapat dua stesen penumpang iaitu Stesen Kapar dan Stesen Jalan Kastam dan kajian pengubahan guna tanah melibatkan 1.5km kiri dan kanan sepanjang jajaran.

[caption id="attachment_578571" align="alignleft" width="348"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan[/caption]

"Manakala, pengubahan yang melibatkan cadangan jajaran projek ECRL telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri merujuk keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 39/2021 pada 17 November 2021," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MPK 2035 (Pengubahan 1) di ibu pejabat MPK di sini semalam.

Noraini menambah antara tujuan pengubahan RT adalah bagi mengatasi masalah bencana banjir dan sejajar dengan penaiktarafan MPK kepada status bandaraya.

Selain menguar-uarkan kepada umum, Noraini berkata program yang diadakan pada 18 Oktober hingga 16 November bertujuan mengalu-alukan cadangan pelbagai pihak mengenai draf RT.

Beliau menjelaskan semakan bagi laporan draf rancangan tempatan MPK 2035 boleh dilihat di lobi utama MPK, Lobi PLANMalaysia Selangor, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan portal MPK.

"Sebarang pandangan, cadangan dan bantahan boleh dikemukakan terus kepada pihak MPK melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa sebelum atau pada 16 November ini."

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619