PBT

Hari Mesra MBSA terima sambutan, permudah urusan orang ramai

24 Okt 2023, 11:00 AM
Hari Mesra MBSA terima sambutan, permudah urusan orang ramai
Hari Mesra MBSA terima sambutan, permudah urusan orang ramai
Hari Mesra MBSA terima sambutan, permudah urusan orang ramai
Hari Mesra MBSA terima sambutan, permudah urusan orang ramai
Hari Mesra MBSA terima sambutan, permudah urusan orang ramai

SHAH ALAM, 24 OKT: Hari Mesra Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Central i-City di sini menerima sambutan baik daripada orang ramai yang mahu berurusan secara terus dengan perkhidmatan disediakan.

Timbalan Datuk Bandarnya Ir Cheremi Tarman berkata program yang bermula 11 pagi hingga 7 petang bertujuan mendekatkan lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dengan masyarakat.

[caption id="attachment_609822" align="aligncenter" width="812"] imbalan Datuk Bandar Shah Alam Ir Cheremi Tarman bercakap kepada media selepas program Hari Mesra Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-23 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di I-City Central, Shah Alam pada 24 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Sebelum ini ramai yang beranggapan kita sukar didekati tetapi hari ini kita bawakan perkhidmatan kita kepada orang awam supaya mereka berasa senang untuk berurusan.

“Ia juga membuktikan komitmen berterusan MBSA untuk mempertingkat serta membaiki sistem penyampaian kami,” katanya selepas merasmikan program berkenaan di sini, hari ini.

Hari Mesra sempena sambutan ulang tahun ke-23 bandaraya Shah Alam itu menawarkan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun, aduan serta cadangan.

[caption id="attachment_609823" align="aligncenter" width="788"] Elvin Leong, 47,[/caption]

Pengunjung, Elvin Leong, 47, berkata beliau gembira kerana dapat membayar kompaun tanpa perlu beratur atau bersesak di kaunter pembayaran.

“Kebetulan saya hadir ke pusat beli belah ini kerana ada urusan. Saya lihat ada program ini, jadi saya singgah kerana tahu ada kompaun yang perlu dijelaskan.

“Saya harap MBSA dapat buat banyak lagi program seumpama ini dengan lebih kerap terutamanya di lokasi tumpuan orang ramai,” kata pekerja swasta ini.

[caption id="attachment_609824" align="aligncenter" width="794"] Dayang Yusof, 47,[/caption]

Sementara itu, Dayang Yusof, 47, hadir bagi membuat aduan yang berlaku di kawasan kejiranannya di Seksyen U16 di sini.

Menurutnya, aduan secara bersemuka lebih mudah berbanding menerusi atas talian berikutan mendapat penjelasan secara langsung daripada kakitangan MBSA.

“Sebelum ini saya sudah buat aduan dalam sistem, tetapi tiada maklum balas. Saya tahu mengenai program ini daripada media sosial, jadi saya datang terus kerana lebih senang berurusan,” katanya.

[caption id="attachment_609820" align="aligncenter" width="796"] Orang ramai melihat pameran fotografi pada program Hari Mesra Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-23 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Central I-City, Shah Alam pada 24 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619