BERITA UTAMA

Sidang niaga sasar 50,000 pengunjung, potensi transaksi RM1.5 bilion

9 Okt 2023, 5:11 AM
Sidang niaga sasar 50,000 pengunjung, potensi transaksi RM1.5 bilion
Sidang niaga sasar 50,000 pengunjung, potensi transaksi RM1.5 bilion

SHAH ALAM, 9 OKT: Seramai 50,000 pengunjung dijangka menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang berlangsung selama empat hari mulai 19 Oktober.

EXCO pelaburan berkata edisi kelapan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur juga dianggar menarik potensi nilai transaksi sehingga RM1.5 bilion, lebih RM500,000 berbanding tahun lalu.

“Kita jangkakan pembabitan peserta dari 60 negara luar meliputi kumpulan pelawat, peserta pameran, pelawat perdagangan serta penceramah persidangan.

[caption id="attachment_602156" align="alignleft" width="374"] EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han bercakap kepada media ketika Pameran Penerbangan Selangor 2023 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Shah Alam pada 9 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Jumlah itu lebih kurang sama dengan peserta tahun lalu memandangkan sektor perniagaan kembali seperti biasa selepas penularan wabak Covid-19,” kata Ng Sze Han dalam kenyataan.

Beliau menambah program kendalian Invest Selangor Berhad menumpukan beberapa sektor antaranya elektrik dan elektronik, pengangkutan, makanan dan minuman serta pelaburan digital.

Selain meningkatkan promosi pelaburan negeri, beliau menjelaskan sidang berkenaan mampu mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai pintuk masuk pasaran Asia Tenggara.

“SIBS dapat menarik pengilang dan pengeksport yang merancang mengembangkan perniagaan mereka ke serantau menerusi negeri ini,” kata Sze Han.

Diperkenal pada 2016, sidang tahunan itu menampilkan enam acara utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan).

Turut dianjur Ekspo Taman Perindustrian Selangor, Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619