PBT

Kompleks Sukan Klang Utara bernilai RM40 juta mercu tanda baharu Klang

24 Ogos 2023, 12:15 AM
Kompleks Sukan Klang Utara bernilai RM40 juta mercu tanda baharu Klang

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 24 OGOS: Klang bakal mempunyai satu lagi mercu tanda baharu apabila Kompleks Sukan Klang Utara di Bandar Bukit Raja dianggarkan bernilai RM40 juta siap dibina antara tiga hingga lima tahun lagi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata pembinaan kompleks itu antara projek berimpak tinggi yang dapat memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk Klang.

"Kompleks ini menyerupai Kompleks Sukan Pandamaran dan Stadium Kota Raja.

"Pembinaan kompleks ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka mengambil masa paling cepat tiga tahun untuk disempurnakan," kata Noraini Roslan.

Pembinaan kompleks itu juga antara yang diutarakan pada Sesi Penglibatan Awam Dalam Penyediaan Bajet 2024 MPK di KSL Esplanade Hotel, Klang Ahad lalu.

Selain itu Noraini berkata pihaknya juga merancang melakukan pembaikan dan menyelenggara kapal Bugis di Tanjung Harapan melibatkan kos RM3 juta.

Kapal Bugis menjadi mercu tanda pantai Tanjung Harapan dan MPK sentiasa memulihara kapal itu yang merupakan tarikan pelancongan di kawasan berkenaan.

Projek berimpak tinggi itu juga untuk meningkatkan imej Klang yang bakal dinaik taraf sebagai bandar raya tidak lama lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619