PBT

MPK peruntuk RM35 juta untuk projek pembaharuan, tingkat imej Klang

20 Ogos 2023, 4:15 AM
MPK peruntuk RM35 juta untuk projek pembaharuan, tingkat imej Klang

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 20 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperuntukkan RM35 juta untuk projek rejuvenasi atau pembaharuan dan pembinaan fizikal di beberapa kawasan di Klang tahun depan.

Yang Dipertuanya berkata antara kawasan tersebut ialah pusat bandar Klang Utara, Kapar, Meru, Pelabuhan Klang, Tanjung Harapan, Klang Selatan dan Bandar Bukit Raja.

"Untuk projek di pusat bandar Klang Utara RM9.98 juta diperuntukkan antaranya bagi menaik taraf Pasar Jawa dan lorong di Jalan Pos Baru.

"Bagi Meru pula RM5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf taman rekreasi, plaza landskap, bangunan, gerai makanan dan gerai buah-buahan," kata Noraini Roslan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena program Sesi Penglibatan Awam Dalam Penyediaan Bajet 2024 MPK di KSL Esplanade Hotel, Klang semalam.

Hampir 200 orang daripada pelbagai latar belakang antaranya sektor industri kesihatan, pendidikan, pemaju dan lain-lain menyertai sesi tersebut.

Menurut Noraini bagi projek di Kapar pula RM1 juta diperuntukkan, Pelabuhan Klang (RM5 juta), Tanjung Harapan (RM2 juta), Klang Selatan (RM5 juta) dan Bandar Bukit Raja (RM7 juta).

"Matlamat rejuvenasi ini adalah untuk meningkatkan imej Klang yang bakal dinaik taraf sebagai bandar raya tidak lama lagi," tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619