ADN

Penduduk sambut baik, Wan Zulaika yakin menang di DUN Semenyih

10 Ogos 2023, 11:36 AM
Penduduk sambut baik, Wan Zulaika yakin menang di DUN Semenyih
Penduduk sambut baik, Wan Zulaika yakin menang di DUN Semenyih
Penduduk sambut baik, Wan Zulaika yakin menang di DUN Semenyih

Oleh AMIRUL FAZLI

HULU LANGAT, 10 OGOS: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Semenyih yakin memenangi kerusi tersebut selepas melihat sambutan daripada penduduk terhadap dirinya begitu positif.

Mengakui tidak kekok mendekati penduduk, Wan Zulaika Anua berkata dirinya sudah biasa menguruskan kerja kebajikan sejak sekian lama.

"Setakat ini, saya melihat pelbagai bangsa di Semenyih memberi respon yang baik kepada saya dan harap mereka dapat menterjemahkan dalam bentuk undi pada 12 Ogos ini.

"Saya tidak kekok dalam soal menyantuni masyarakat kerana saya telah aktif sejak dahulu terutama ketika di lantik sebagai ketua wanita bahagian UMNO lagi,"katanya ketika melakukan kempen di sekitar Semenyih.

[caption id="attachment_597305" align="aligncenter" width="811"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama calon Semenyih Wan Zulaika Anua ketika program Ramah Mesra Perpaduan Semenyih #KitaSelangor di Dewan Semarak Kasih Dataran Dato' Mohd Said Semenyih, Hulu Langat pada 9 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Tambahnya, keyakinan Pengurusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari terhadap dirinya membuatkan beliau semakin bersemangat untuk memastikan kerusi DUN Semenyih menjadi penyumbang untuk pembentukan kerajaan perpaduan di negeri ini.

Wan Zulaika turut berpuas hati melihat kerjasama antara jentera BN bersama HARAPAN dalam gerak kerja yang dilakukan sepanjang berkempen.

Dalam pilihan raya negeri 12 Ogos ini, DUN Semenyih menyaksikan pertemuan dua penjuru antara Wan Zulaika menentang Nushi Mahfodz dari (Perikatan Nasional).

[caption id="attachment_597304" align="aligncenter" width="803"] Calon Barisan Nasional DUN Semenyih Wan Zulaika Anua bertemu anak-anak muda ketika Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di Padang Awam Semenyih, Hulu Langat pada 9 Ogos 2023. Foto Facebook Wan Zulaika Anua[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619