ADN

Wan Zulaika tekad tingkat pendidikan Orang Asli di DUN Semenyih

4 Ogos 2023, 7:41 AM
Wan Zulaika tekad tingkat pendidikan Orang Asli di DUN Semenyih

Oleh AMIRUL FAZLI

SEMENYIH, 3 OGOS: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih komited meningatkan kemudahan awam di penempatan Orang Asli jika menang pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini.

Wan Zulaika Anua berkata beliau selain menambah baik kemudahan untuk keselesaan penduduk, beliau juga akan menyediakan pusat komputer selain melantik guru bahasa inggeris untuk mengajar anak Orang Asli.

“Saya mahu pastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam pelajaran. Jika saya dipilih sebagai wakil rakyat nanti, saya telah merangka gerak kerja untuk masyarakat Orang Asli.

"Insya-Allah berilah saya peluang. Saya berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di DUN Semenyihi” kata calon berusia 49 tahun itu ketika ditemui menyantuni masyarakat Orang Asli di Eco Venture hari ini.

Dalam PRN Selangor, calon BN akan bertanding menentang wakil Perikatan Nasional (PN) Nushi Mahfodz.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619