ADN

Calon BN Semenyih lancar manifesto hujung minggu ini, tumpu isu kebajikan, prasarana

2 Ogos 2023, 8:00 AM
Calon BN Semenyih lancar manifesto hujung minggu ini, tumpu isu kebajikan, prasarana
Calon BN Semenyih lancar manifesto hujung minggu ini, tumpu isu kebajikan, prasarana

HULU LANGAT, 2 OGOS: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dijangka melancarkan manifesto kawasan itu hujung minggu ini.

Wan Zulaika Anua berkata manifesto itu antara lain menumpukan isu kebajikan, prasarana, pendidikan dan ekonomi penduduk di kawasan sekitar.

“Sepanjang lima hari saya berkempen keresahan yang disampaikan penduduk termasuklah isu banjir kilat yang mungkin disebabkan perparitan dan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan Eco Hill Semenyih.

“Selain itu isu kepadatan sekolah terutama di Taman Pelangi Semenyih dan mereka minta saya ketengahkan isu ini jika diberi mandat nanti,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni penduduk sekitar di kawasan Desa Sri Jenaris di sini hari ini.

[caption id="attachment_596128" align="aligncenter" width="811"] Calon Barisan Nasional DUN Semenyih Wan Zulaika Anua mendekati penduduk sambil mengedarkan risalah kempennya sekitar Desa Sri Jenaris, Hulu Langat pada 2 Ogos 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI[/caption]

Wan Zulaika berkata isu berkaitan ibu tunggal termasuk kesukaran mencari sumber bantuan dan kewangan juga menjadi perkara yang sering dibangkitkan sepanjang pertemuannya dengan penduduk.

“Mereka ini mengadu mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat dan terpaksa menanggung keluarga seorang diri memandangkan sudah hilang ketua keluarga. Jadi itu antara perkara yang akan saya berikan tumpuan.

“Tidak ketinggalan golongan Orang Kurang Upaya yang akan kita santuni dan bela nasib mereka termasuk penyediaan kemudahan dan infrastruktur untuk kegunaan golongan itu,” katanya.

Pada pilihan raya negeri, Wan Zulaika berdepan calon Perikatan Nasional Nushi Mahfodz. Hari mengundi pilihan raya negeri ditetapkan 12 Ogos ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619