PBT

Warga Sabak Bernam digalak kumpul, jual minyak masak terpakai

5 Jul 2023, 12:25 AM
Warga Sabak Bernam digalak kumpul, jual minyak masak terpakai
Warga Sabak Bernam digalak kumpul, jual minyak masak terpakai

SHAH ALAM, 5 JULAI: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menganjurkan program membeli minyak masak terpakai di 10 lokasi terpilih mulai 8 Julai hingga 25 November depan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut memaklumkan minyak masak terpakai akan dibeli dengan harga RM2.20 bagi setiap satu kilogram.

"Setiap kilogram minyak masak terpakai yang ada di rumah anda boleh menjadi sumber pendapatan anda setiap bulan.

"Jom tukar minyak masak terpakai kepada wang tunai. Pihak MDSB mengalu-alukan kedatangan anda. Jumpa anda pada masa, tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan," katanya di Facebook.

Program tersebut diadakan di Pasar Pagi Dataran Lesen (8 Julai), Pasar Pagi Sabak Bernam (22 Julai), Pasar Awam Pekan Sekinchan (12 Ogos), Pasar Awam Sungai Besar (26 Ogos) dan pasar Awam Pekan BNO (2 September).

Lokasi seterusnya di Pasar Pagi Dataran Bagan Terap (17 September), Stesen Bas Merbau Berdarah (7 Oktober), Pasar Pagi Pekan Sabak Bernam (22 Oktober), Pasar Awam Sungai Tawar (18 November) dan Pasar Awam Pekan Sekinchan (25 November).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619