SELANGOR

Pekawanis, parlimen Shah Alam rai 16 pelajar cemerlang SPM

27 Jun 2023, 4:57 AM
Pekawanis, parlimen Shah Alam rai 16 pelajar cemerlang SPM

SHAH ALAM, 27 JUN: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) meraikan 16 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kediaman rasmi Dato' Menteri Besar di sini semalam.

Yang dipertuanya berkata majlis dengan kerjasama parlimen Shah Alam bertujuan merai pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 dan SMK Seksyen 9 di sini.

Menurut Datin Seri Masdiana Muhammad, pihaknya menyumbang baucar Pusat Pakaian Hari-Hari bernilai RM100 dan wang tunai RM50 manakala Parlimen Shah Alam menghulur RM50.

"Tahniah dengan pencapaian cemerlang dalam SPM, selamat melangkah ke menara gading yang penuh cabaran dan semoga berjaya mencapai cita-cita.

"Pekawanis sangat berbangga dengan pencapaian anda dan semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan datang," katanya di Facebook.

Terdahulu, Masdiana turut memberi kata-kata semangat dan berkongsi pengalamannya selaku tenaga pengajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi sebelum ini kepada pelajar berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619