SELANGOR

Kempen calon HARAPAN Shah Alam dapat sambutan hangat

15 Nov 2022, 12:19 PM
Kempen calon HARAPAN Shah Alam dapat sambutan hangat

SHAH ALAM, 15 NOV: Kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) calon Parlimen Shah Alam mendapat sambutan hangat sepanjang 10 hari lalu.

Azli Yusof berkata kebanyakan penduduk kawasan itu menyatakan sokongan penuh terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Alhamdulillah ketika saya berkunjung ke surau, masjid, interaksi dengan anak muda termasuk walkabout di kedai makan, pasar malam, pasar tani dan ceramah kira-kira 70 ke 80 peratus sokong HARAPAN.

"Insya-Allah dengan sokongan warga Shah Alam dan kerja keras berterusan jentera kita yakin kemenangan berpihak pada HARAPAN PRU15 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan enam tawaran utama gabungan itu di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Shah Alam, Seksyen 13 di sini hari ini.

Azli yang juga timbalan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru penduduk Shah Alam melaksanakan tanggungjawab mengundi pada 19 November ini.

"Justeru, saya menyeru kepada pengundi untuk keluar mengundi beramai-ramai Sabtu ini. Kemenangan HARAPAN di P108 membawa besar ertinya kerana ia menyumbang kerusi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-10.

"Berikan tempoh satu penggal kepada HARAPAN untuk buktikan kemampuan uruskan negara," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619