SELANGOR

Hari Ibu Pekawanis berlangsung penuh kasih sayang, rai pejuang kehidupan

31 Mei 2025, 7:45 PM
Hari Ibu Pekawanis berlangsung penuh kasih sayang, rai pejuang kehidupan
Hari Ibu Pekawanis berlangsung penuh kasih sayang, rai pejuang kehidupan

OLEH MUHAMMAD REY HAZRIELL

SHAH ALAM, 31 MEI: Sambutan Hari Ibu Pekawanis 2025 berlangsung dalam suasana penuh kasih dan penghargaan di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor hari ini.

Majlis itu turut menerima keberangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan mencemar duli menghadiri program berkenaan dengan kehadiran lebih 400 peserta, khususnya golongan ibu.

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad berkata tahun ini, sambutan memberi tumpuan kepada peranan dan cabaran ibu tunggal muda yang disifatkan sebagai pejuang kehidupan.

“Kepada para ibu tunggal muda, kalian merupakan pejuang kehidupan yang tidak bersenjatakan pedang, namun setiap hari berjuang demi masa depan anak-anak,” katanya dalam ucapan.

Masdiana turut menggesa semua pihak memberi perhatian terhadap sokongan ekonomi, penjagaan anak serta kesejahteraan mental golongan tersebut.

[caption id="attachment_703717" align="aligncenter" width="710"] DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menyaksikan Bicarawanis bertajuk “Wanita Biasa Jiwa Luar Biasa : Cerita Seorang Ibu” yang dikendalikan oleh Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

“Jangan biarkan mereka berjuang bersendirian,” tegasnya.

Majlis dimulakan dengan persembahan kanak-kanak Tadika Permata Ehsan PKPS dan diteruskan dengan tayangan video korporat serta teater oleh penghuni Rumah Puteri Arafiah.

Pelajar Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 turut mempersembahkan koir sebelum acara simbolik memotong pulut kuning sebagai tanda penghargaan kepada semua ibu.

Turut diadakan ialah sesi Bicarawanis bertajuk ‘Wanita Biasa Jiwa Luar Biasa: Cerita Seorang Ibu’ oleh penceramah terkenal Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah turut memeriahkan majlis dan menyentuh hati para hadirin.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari serta penyampaian penghargaan kepada institusi terlibat, selain cenderahati khas kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619