ad
ADN

Wakil rakyat Rawang peruntuk RM400,000 bina dewan pelbagai guna

21 Jun 2023, 12:30 PM
Wakil rakyat Rawang peruntuk RM400,000 bina dewan pelbagai guna
Wakil rakyat Rawang peruntuk RM400,000 bina dewan pelbagai guna

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 21 JUN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang memperuntuk RM400,000 bagi pembinaan sebuah dewan terbuka di Kampung Sungai Bakau yang dijadual bermula Ogos ini.

Menggunakan peruntukan bawah Projek Selangor Penyayang (PSP), Chua Wei Kiat berkata lebih 100,000 penduduk termasuk tiga perumahan berdekatan bakal menikmati kemudahan berkenaan.

"Pembinaan dijadual bermula Ogos nanti, minggu ini kita akan turun melawat tapak lokasi cadangan dan dewan ini juga bakal dilengkapi dengan gelanggang bola keranjang serta kemudahan asas lain.

"Cadangan membina dewan ini disebabkan kekurangan kemudahan berkaitan di kawasan tersebut, ia turut dapat dimanfaatkan penduduk kawasan berhampiran seperti di Country Home, Saujana Rawang dan Kota Emerald," katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_588486" align="aligncenter" width="812"] Tapak cadangan pembinaan dewan terbuka di Kampung Sungai Bakau, Rawang. Foto Chua Wei Kiat[/caption]

Jelasnya, penduduk sekitar boleh menggunakan dewan ini bagi majlis perkahwinan, kenduri-kendara serta pelbagai program kemasyarakatan dengan caj sewa yang murah.

Wei Kiat memaklumkan pihaknya turut mengagihkan peruntukan RM10,000 kepada beberapa Majlis Perwakilan Ketua Kampung sekitar DUN Rawang bagi perbelanjaan peralatan pejabat seperti komputer dan alat tulis.

"Kita juga jalankan projek membaik pulih gelanggang silat di Batu Arang dan gelanggang futsal di Bukit Rawang Jaya serta satu projek menaik taraf padang di New Green Park melibatkan peruntukan RM90,000," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.