ADN

Dewan serbaguna di Rawang siap dinaik taraf, manfaat 8,000 penduduk

21 Dis 2023, 12:30 PM
Dewan serbaguna di Rawang siap dinaik taraf, manfaat 8,000 penduduk
Dewan serbaguna di Rawang siap dinaik taraf, manfaat 8,000 penduduk

SHAH ALAM, 21 DIS: Kerja menaik taraf dewan serbaguna di Kampung Sungai Terentang, Rawang membabitkan kos lebih RM150,000 siap sepenuhnya baru-baru ini.

Ahli Dewan Negerinya Chua Wei Kiat berkata dewan orang ramai yang dilengkapi gelanggang bola keranjang itu mampu memanfaatkan sekitar 8,000 penduduk.

[caption id="attachment_619835" align="aligncenter" width="776"] Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat[/caption]

"Syukur, kerja menaik taraf dewan dan gelanggang bola keranjang siap sepenuhnya dan terima kasih Kerajaan Negeri kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM152,000.

"Antara yang dibaik pulih termasuklah menukar lantai pejabat, mengecat dan menambah bumbung di kawasan dewan," katanya menerusi Facebook.

Dalam memastikan prasarana di Rawang sentiasa terjaga, Wei Kiat berkata pihaknya bersedia mempertingkatkan projek membaikpulih.

"Pasukan Pusat Khidmat DUN Rawang akan memastikan kemudahan awam antaranya jalan, dewan, rumah ibadat, pasar awam di semua kampung dan taman perumahan dapat dipertingkatkan," jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619