ADN

Wakil rakyat Rawang, Teratai edar kit cegah Covid-19 kepada calon SPM

14 Jan 2024, 4:00 AM
Wakil rakyat Rawang, Teratai edar kit cegah Covid-19 kepada calon SPM
Wakil rakyat Rawang, Teratai edar kit cegah Covid-19 kepada calon SPM

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 14 JAN: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari lima sekolah menerima sumbangan set alat tulis dan kit pencegahan Covid-19 daripada Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata sumbangan 1,600 set alat tulis dan 1,700 kit pencegahan Covid-19 bertujuan memberi keselesaan kepada pelajar yang dijadual menduduki peperiksaan berkenaan pada 30 Januari.

“Demi memastikan kemudahan dan keselesaan adik-adik (calon SPM) yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini, saya sudah mengedarkan set alat tulis, pelitup muka dan alat ujian Covid-19 kepada sekolah-sekolah di kawasan Rawang.

“Lima buah sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa 1 dan 2, SMK Tuanku Abdul Rahman, SMK Seri Garing serta SMK Tun Perak,” maklumnya di Facebook.

[caption id="attachment_623517" align="aligncenter" width="776"] Ahli Dewan Negeri Teratai Yew Jia Haur (dua, kanan) menyerahkan sumbangan pelitup muka kepada calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah 10 Januari 2024. Facebook Yew Jia Haur[/caption]

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Teratai Yew Jia Haur turut menyumbangkan pek pelitup muka di beberapa sekolah di DUN berkenaan antaranya termasuklah SMK Pandan Mewah dan SMK Tasek Permai.

“Saya berharap sumbangan yang disampaikan dapat membantu pelajar melindungi diri mengekang penularan Covid-19 lebih-lebih lagi pada musim peperiksaan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619