PBT

Lebih 30 peniaga sertai jualan but kereta di Stadium Kajang

16 Jun 2023, 2:41 PM
Lebih 30 peniaga sertai jualan but kereta di Stadium Kajang

Oleh Amirul Fazli

SHAH ALAM, 16 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menganjurkan program jualan but kereta di Medan Belia Stadium Kajang esok.

Lebih 30 peniaga terlibat dalam program itu yang akan menjual pelbagai barangan terpakai seperti aksesori serta barangan mainan.

"Selain jualan but kereta, persembahan busker turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.

"Program seperti ini bertujuan memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan," kata kenyataan menerusi Facebook.

MPKj juga ingin menjadikan Medan Belia itu sebagai hub kepada golongan belia menjalankan pelbagai aktiviti seperti keusahawanan, kesenian, kebudayaan serta pelancongan makanan.

"Kita juga akan kumpulkan peniaga belia dalam satu tempat dan golongan ini akan menjual barangan mereka di dalam program seperti ini," katanya.

Program kerjasama antara MPKj dan TF Studio itu bermula dari jam 6 petang hingga jam 2 pagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619