PBT

MPKj tawar rebat cukai taksiran RM10, terhad 15,000 pembayar terawal

7 Jan 2024, 4:01 AM
MPKj tawar rebat cukai taksiran RM10, terhad 15,000 pembayar terawal

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menawarkan rebat pembayaran cukai taksiran serendah RM10 berkuat kuasa 1 Januari hingga 29 Februari ini.

MPKj menerusi Facebook memaklumkan tawaran terbuka kepada 15,000 pembayar terawal yang tidak mempunyai tunggakan selama setahun.

"Tiada penghantaran bil fizikal cukai taksiran, pembayar hanya perlu menyemak, cetak dan bayar bil cukai taksiran melalui saluran perkhidmatan secara dalam talian," katanya.

MPKj turut mengingatkan pembayar cukai perlu memastikan maklumat dalam sistem seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon terkini dan alamat emel dikemaskini.

Saluran pembayaran yang layak menerima rebat adalah menerusi www.mpkj.gov.my; Maybank2u; AmBank; HSBC Bank; RHB Bank; Bank Rakyat; JomPAY; PBTPay; CEPat dan Kawanku Phone Banking.

Sebarang pertanyaan boleh emel ke cukaitaksiran@mpkj.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619