PBT

142 lori sampah haram disita setakat 18 Ogos, kutipan sitaan RM781,000

25 Ogos 2023, 7:30 AM
142 lori sampah haram disita setakat 18 Ogos, kutipan sitaan RM781,000

HULU LANGAT, 25 OGOS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita 142 lori dalam operasi gempur lokasi pembuangan sampah haram dari Januari hingga 18 Ogos lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Najmuddin Jemain berkata anggaran kutipan sitaan lori sampah haram itu berjumlah RM781,000.

“MPKj terus komited dalam membanteras kegiatan pembuangan sampah secara haram bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Operasi ini dilaksanakan bagi menghentikan tapak sampah haram yang akan menyumbang kepada pencemaran air dan bau sekali gus menimbulkan persekitaran tidak sihat dan mengganggu keselesaan penduduk,” katanya.

Ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil.8/2023 MPKj di Menara MPKj hari ini, Najmuddin berkata usaha semua pihak termasuk penduduk penting untuk melaporkan sekiranya berlaku kejadian pembuangan sampah haram di kawasan masing-masing.

“Kadangkala mereka yang terlibat dengan pembuangan sampah haram ini memang degil jadi jika ada ‘mata-mata’ (penduduk) yang memantau dan bekerjasama dengan MPKj keadaan mungkin berbeza,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619