AGENDA

Kelengkapan, sokongan tenaga pengajar STDC lahir penuntut cemerlang

11 Jun 2023, 2:30 AM
Kelengkapan, sokongan tenaga pengajar STDC lahir penuntut cemerlang
Kelengkapan, sokongan tenaga pengajar STDC lahir penuntut cemerlang
Kelengkapan, sokongan tenaga pengajar STDC lahir penuntut cemerlang

SHAH ALAM, 11 JUN: Kelengkapan sedia ada di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) membantu proses pembelajaran berjalan lancar dan memudahkan urusan harian.

Penerima Anugerah Khas Dato’ Menteri Besar Airish Azman Abdul Rahman berkata segala keperluan pelajar disediakan menyebabkan mereka berasa selesa.

[caption id="attachment_586341" align="aligncenter" width="741"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Anugerah Khas Dato’ Menteri Besar kepada Airish Azman Abdul Rahman pada Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) ke 23 di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada 10 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Warga STDC menjaga kebajikan dan berusaha untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Tenaga pengajar juga bertungkus lumus mengajar kami supaya mendapat keputusan cemerlang.

“Mereka tidak pernah putus asa dan mengajar kami dengan sabar. Mereka beri tunjuk ajar serta sokongan kepada pelajar,” katanya ketika berucap.

Graduan teknologi automatif berusia 26 tahun itu dipilih sebagai pelajar terbaik selepas mencatatkan keputusan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

[caption id="attachment_586342" align="aligncenter" width="734"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama empat penerima anugerah utama selepas Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) ke 23 di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada 10 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Airish Azman yang kini bekerja dengan pengeluar automotif terkemuka Volkswagen Group menerima anugerah berkenaan daripada Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyerahkan sijil dan diploma kepada 345 pelajar STDC yang lain sempena konvokesyen ke-23 pusat kemahiran berkenaan semalam.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619