PBT

MPK selesai 70 peratus kerja naik taraf sistem saliran, atasi isu banjir di Taman Melawis

30 Mei 2023, 12:30 PM
MPK selesai 70 peratus kerja naik taraf sistem saliran, atasi isu banjir di Taman Melawis
MPK selesai 70 peratus kerja naik taraf sistem saliran, atasi isu banjir di Taman Melawis

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyelesaikan hampir 70 peratus kerja-kerja menaik taraf sistem saliran bagi mengatasi masalah banjir di Taman Melawis, Klang.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata kerja pembinaan tebatan banjir itu termasuklah pemasangan longkang konkrit berbentuk U yang lebih besar yang dijangka siap sepenuhnya Ogos hadapan.

“Selain MPK, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor turut terlibat dalam kerja membina tebatan banjir termasuk menambah kapasiti pam di pintu air dan menaik taraf sistem perparitan di kawasan itu.

“Kerja naik taraf ini adalah sebahagian daripada projek tebatan banjir bagi membolehkan aliran air lebih baik ketika hujan lebat antara dua hingga tiga jam,” katanya.

[caption id="attachment_581934" align="aligncenter" width="812"] MPK dan JPS menaik taraf sistem saliran bagi mengatasi masalah banjir di Taman Melawis, Klang pada 17 Mei 2023. Foto Majlis Perbandaran Klang[/caption]

Berucap dalam mesyuarat penuh bulanan di ibu pejabat MPK hari ini, Noraini berkata pihaknya turut membina benteng konkrit dan longkang sepanjang 24.46 meter sejak 17 Mei bagi mengelakkan hakisan atau resapan air ke dalam rumah penduduk di taman perumahan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619