AGENDA

Wanita ditahan bantu siasatan kes dera bayi di taska

16 Mei 2023, 4:15 AM
Wanita ditahan bantu siasatan kes dera bayi di taska

JOHOR BAHRU, 16 MEI: Wanita tempatan berusia 21 tahun ditahan pagi ini untuk membantu siasatan kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat Skudai, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita itu ditahan 2 pagi tadi di Selesa Jaya, Skudai oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri.

"Semalam, Polis Kontinjen Johor telah mengesan dua video tular di media sosial berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan mengasari seorang bayi.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, melibatkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Kamarul Zaman juga berkata taska itu beroperasi secara tidak sah.

Beliau berkata permohonan reman ke atas wanita itu akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Kamarul Zaman mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat Insp Lavanya di talian 019-8822403 untuk membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619