AGENDA

Ketua polis balai didakwa kasari orang awam dipindah ke jabatan lain

14 Jan 2024, 9:20 AM
Ketua polis balai didakwa kasari orang awam dipindah ke jabatan lain

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Ketua polis balai yang didakwa melakukan kekerasan terhadap orang awam baru-baru ini sudah dipindahkan ke jabatan lain.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata langkah itu diambil sementara menunggu hasil siasatan dalaman yang dilakukan pihaknya.

"Ketua polis balai berkenaan telah dipindahkan ke jabatan lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sementara siasatan dijalankan. Jabatan itu juga tidak memerlukan individu itu berurusan dengan awam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan selesai.

Jumaat lalu, Kamarul Zaman berkata polis menyiasat dakwaan ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap orang awam seperti dipaparkan video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 37 saat itu memaparkan individu itu menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut seorang lelaki di tempat awam yang tidak dinyatakan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619