AGENDA

Lelaki warga asing ditahan berkelakuan jelik di tempat ambil wuduk

10 Mei 2023, 12:55 AM
Lelaki warga asing ditahan berkelakuan jelik di tempat ambil wuduk

JOHOR BAHRU, 10 MEI: Lelaki warga asing ditahan selepas disyaki berkelakuan jelik di tempat mengambil wuduk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia 69 tahun itu ditahan sejurus kejadian selepas mendapat laporan pada jam 4.36 petang.

"Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod lampau dan saringan air kencing negatif," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kamarul Zaman berkata permohonan reman dibuat hari ini di Mahkamah Johor Bahru dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

"Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Justeru, beliau berkata orang ramai dinasihati tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan suasana tidak baik dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Terdahulu, tular video berdurasi 10 saat menunjukkan seorang lelaki berdiri di tempat mengambil wuduk, dipercayai sedang membuang air kecil sebelum ditegur lelaki lain mengenai perbuatannya itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619