AGENDA

PM: Isu pelaksanaan gaji minimum dibincang bulan depan, umum satu persatu

1 Mei 2023, 6:19 AM
PM: Isu pelaksanaan gaji minimum dibincang bulan depan, umum satu persatu
PM: Isu pelaksanaan gaji minimum dibincang bulan depan, umum satu persatu

PUTRAJAYA, 1 MEI: Isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian "sekali dan untuk semua", kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada majlis sambutan Hari Pekerja 2023 bertema "Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani" di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan gaji minimum masih sukar dilaksanakan dan pelaksanaannya juga "hiruk-pikuk".

"Sebab itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri bulan depan kita nak selesaikan once and for all (sekali dan untuk semua),” katanya.

Perintah gaji minimum dengan kadar RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lalu untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Januari lalu kepada 1 Julai ini.

[caption id="attachment_579140" align="aligncenter" width="716"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’ di Putrajaya pada 1 Mei 2023. Foto BERNAMA[/caption]

Anwar berkata kerajaan pimpinannya mengutamakan upah pekerja di Malaysia supaya dapat ditingkatkan.

"Saya tidak mahu majikan, pakar ekonomi atau menteri mempertikaikan (upah pekerja). Tanggungjawab kita adalah meningkatkan upah bagi pekerja swasta dan awam," katanya kerajaan akan mengumumkan "satu persatu" perubahan yang dilakukan dalam membela nasib pekerja.

Anwar berkata ada syarikat mencatat keuntungan dan produktiviti meningkat tetapi upah pekerja itu tidak meningkat.

"Setiap pekerja yang memberi sumbangan harus diberi pengiktirafan tidak mengira jawatan dan pangkat," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Sumber V Sivakumar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619