PBT

MPK anjur pertandingan cipta logo, tawar hadiah wang tunai

27 Apr 2023, 7:33 AM
MPK anjur pertandingan cipta logo, tawar hadiah wang tunai

SHAH ALAM, 27 APRIL: Majlis Perbandaran Klang mempelawa orang ramai menyertai pertandingan mencipta logo dan bendera sempena naik taraf pihak berkuasa tempatan itu kepada status bandar raya.

Yang dipertuanya Noraini Roslan berkata hadiah wang tunai RM2,000 serta sembilan sagu hati bernilai RM200 ditawarkan kepada pemenang.

"Syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh  dimuat turun menerusi laman web rasmi MPK.

"Tarikh tutup penyertaan pada 8 Mei dan untuk maklumat selanjutnya boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat," katanya ketika berucap pada mesyuarat penuh MPK yang bersiaran secara langsung menerusi Facebook Live MPKlang hari ini.

Terdahulu, Noraini memaklumkan MPK dijangka mencapai status bandar raya pada 23 November ini.

Beliau berkata MPK memberi tumpuan kepada pembangunan di bandar Klang sebagai persediaan mencapai status bandar raya.

Menurutnya, antara cabaran yang dihadapi MPK termasuklah keperluan menaiktaraf prasarana bandar diraja terutama bangunan lama.

“Justeru, kerjasama semua pemegang taruh sangat diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan cekap serta berintegriti supaya kemajuan diperolehi kelak tidak mengorbankan alam sekitar, budaya dan warisan bandar Klang ini,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619