PBT

371 kakitangan KDEBWM infak anak yatim secara bulanan kepada Yide

9 Apr 2023, 2:22 AM
371 kakitangan KDEBWM infak anak yatim secara bulanan kepada Yide
371 kakitangan KDEBWM infak anak yatim secara bulanan kepada Yide
371 kakitangan KDEBWM infak anak yatim secara bulanan kepada Yide
371 kakitangan KDEBWM infak anak yatim secara bulanan kepada Yide

Oleh Shamz Johan

KAJANG, 9 MAC: Lebih 371 kakitangan KDEB Waste Management (KDEBWM) mencarum Skim Infaq Yatim Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata potongan gaji secara bulanan itu diharap membantu Yide menguruskan anak yatim di bawah seliaan pertubuhan tersebut.

[caption id="attachment_576009" align="alignleft" width="333"] Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Semua kakitangan dan pegawai terlibat tidak mengira jawatan menyatakan persetujuan untuk sama-sama menyumbang pada setiap bulan kepada anak-anak yatim seliaan Yide.

"Potongan gaji tersebut tidak tetap bermula dari RM100, RM50, RM10 dan minimum RM2 melalui skim yang telah bermula sejak tahun lepas. KDEBWM turut menyumbang melalui infak tanggungjawab sosial korporatnya," katanya kepada Selangorkini semalam.

Sementara itu Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor berkata  KDEBWM banyak memberi sumbangan menerusi infak tanggungjawab sosial korporat sejak 2017 lagi.

[caption id="attachment_576010" align="alignright" width="333"] Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Ia diperkukuhkan dengan komitmen kakitangan KDEBWM turut membuat caruman potongan gaji bulanan Skim Infaq Yatim Yide.

"Usaha KDEBWM ini amat baik. Kita berharap inisiatif ini dicontohi oleh agensi lain di Selangor dengan berinfak menggunakan kaedah potongan gaji secara bulanan minimum RM2 sahaja," katanya.

Terdahulu, KDEBWM memeterai perjanjian kerjasama bersama Yide yang disaksikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Masjid Jamek Pekan Kajang di sini, semalam.

Pada majlis tersebut baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri Yide kepada 1,530 anak yatim sekitar daerah Hulu Langat.

[caption id="attachment_576012" align="aligncenter" width="649"] Sebahagian anak yatim kelihatan ceria setelah menerima sumbangan pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Hulu Langat di Masjid Jamek Bandar Kajang, Hulu Langat pada 8 April 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619