AGENDA

Kemasukan pelancong ke Selangor dijangka naik lima peratus tahun ini

21 Mac 2023, 10:30 AM
Kemasukan pelancong ke Selangor dijangka naik lima peratus tahun ini
Kemasukan pelancong ke Selangor dijangka naik lima peratus tahun ini

SHAH ALAM, 21 MAC: Tourism Selangor menjangkakan kemasukan pelancong ke negeri ini meningkat lima peratus kepada 3.5 juta tahun ini berbanding 3.2 juta pada 2022.

Ketua pegawai eksekutifnya percaya unjuran itu mampu dicapai susulan pelancaran video komersial 'Pusing Selangor Dulu!' dan buku kecil (booklet) terbaharu ketika pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta).

"Penglibatan dalam Matta 2023 membawa impak berterusan ke atas industri pelancongan di Selangor.

"Kita yakin mampu mengekalkan kedudukan sebagai negeri paling ramai dikunjungi di Malaysia seperti dicatatkan pada 2021," kata Azrul Shah Mohamad dalam kenyataan.

[caption id="attachment_572822" align="alignleft" width="448"] Kapal dagang vintaj SplashMania menjadi tarikan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur pada 19 Mac 2023. Foto Tourism Selangor[/caption]

Pada 17 hingga 19 Mac lalu, badan pelancongan negeri itu menyertai Matta di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) yang menghimpunkan 14 pengusaha produk pelancongan dan dua pihak berkuasa tempatan Selangor.

Sepanjang tiga hari pameran bertemakan 'Pusing Selangor Dulu Travel Trail', Azrul berkata operator pelancongan bawah Tourism Selangor berjaya meraih hasil jualan RM150,000.

Menurutnya, konsep kapal dagang vintaj SplashMania yang menjadi tarikan baharu diketengahkan di ruang Pavilion Selangor, Mitec sehingga menggamit kunjungan lebih 150,000 orang.

"Konsep ini mempamerkan pengalaman mengembara bersama pengunjung di Pavilion Selangor melalui aktiviti menaiki trak safari, demonstrasi pembuatan coklat, pameran kayak dan rakit.

"Selain itu, demonstrasi trampolin, mencuba makanan, pameran set hidroponik, demonstrasi pembuatan sushi dan sawah padi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619