AGENSI

Matta: Pavilion Selangor catat jualan RM1.03 juta, 80,000 pengunjung

3 Okt 2023, 7:02 AM
Matta: Pavilion Selangor catat jualan RM1.03 juta, 80,000 pengunjung

SHAH ALAM, 3 OKT: Pavilion Selangor mencatat kutipan jualan RM1.03 juta menerusi penyertaan Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2023 bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad berkata lebih 80,000 individu turut dicatatkan berkunjung ke pavilion berkenaan sepanjang tiga hari pameran mulai 1 September.

"Tourism Selangor membawa dampak besar kali ini dengan aplikasi GL Play sebagai rakan strategik.

"Penyertaan kali ini juga mencatatkan jumlah jualan tertinggi Tourism Selangor sepanjang 12 tahun berturut-turut dalam pameran itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penekanan kempen "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!" dalam pameran tersebut turut menarik pengunjung termasuk sesi ramah mesra bersama duta kempen Che Puan Juliana Evans.

Sementara itu, Presiden Matta Nigel Wong berkata pameran tersebut mempamer beberapa strategi baharu bagi merangsang pertumbuhan pelancongan domestik melibatkan negeri dan pengusaha hotel.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619