AGENSI

Matta: Tourism Selangor bawa 17 tarikan pelancongan, tumpu anjung utara

20 Mac 2024, 3:48 AM
Matta: Tourism Selangor bawa 17 tarikan pelancongan, tumpu anjung utara

SHAH ALAM, 20 MAC: Sebanyak 17 tarikan pelancongan dibawa Tourism Selangor sempena pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2024 mulai 22 hingga 24 Mac.

Berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia, agensi itu turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus di taman tema, resort, tarikan eko dan agropelancongan.

Menerusi kenyataan, Tourism Selangor memaklumkan tema "Jom Balik Kampung" yang digunakan akan mencipta semula suasana sawah padi di Sekinchan di tengah bandar Kuala Lumpur yang pesat.

"Pameran tahun ini akan tertumpu kepada anjung utara Selangor, dengan Sabak Bernam dan Kuala Selangor dijangka akan menarik perhatian pengunjung," menurutnya.

Agensi itu menambah tarikan lain termasuk bas pelancongan Hop On Hop off, Rumah Hutan Terapi Alam, GL Play, Muzium Coklat, Hotel Eastin, Avani Sepang Goldcoast Resort dan Jumpstreet Asia.

Turut diketengahkan Farm in the City, Sky Mirror, Farm Fresh @ UPM, Selangor Fruit Valley, Wet World Shah Alam, KSL Esplanade Hotel, Nur Lembah Pangsun dan Cyberview Resort & Spa.

Dalam pada itu, Tourism Selangor berkata persembahan Wau kapal Selangor dan demonstrasi kacang tumbuk Heritaste juga akan dibawa bagi mempromosi industri kecil dan sederhana.

"Selaras matlamat pembangunan mampan, tema tahun ini menekankan kepentingan produk pelancongan tempatan dan komuniti di Selangor," katanya menambah Jungle School Gombak turut dipamerkan.

Selangor menyasar tujuh juta pelancong tempatan dan luar negara sempena Tahun Melawat Selangor 2025 dengan tema 'Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!' serta 'Splendid Selangor, Take Me Anywhere!'

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619