AGENDA

Michelle Yeoh menang Oscar, filem Everything Everywhere All at Once raih enam lagi anugerah

13 Mac 2023, 3:48 AM
Michelle Yeoh menang Oscar, filem Everything Everywhere All at Once raih enam lagi anugerah

SHAH ALAM, 13 MAC: Bintang Hollywood kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh memenangi anugerah Oscar ke-95 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Bermula di Hong Kong, bekas ratu cantik itu dinobat pelakon wanita terbaik melalui filem Everything Everywhere All at Once, yang turut memenangi enam lagi kategori.

Michelle muncul sebagai pelakon pertama dari Asia memenangi anugerah berprestij itu. Sejak awal tahun ini, beliau diangkat sebagai pelakon wanita terbaik bagi anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild.

Selain dianugerah filem terbaik, Everything Everywhere All at Once turut memenangi kategori pengarah terbaik, pelakon pembantu wanita dan lelaki terbaik, lakon layar asal terbaik, dan suntingan terbaik.

Michelle yang memegang watak sebagai pemilik kedai dobi Evelyn, menewaskan tiga pencabar bagi kategori pelakon wanita terbaik - Cate Blanchet (Tár), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle William (The Fabelmans).

Sejak mula membintangi filem Hong Kong pada 1990-an, pelakon asal Ipoh itu telah menempuh perjalanan berliku sebelum bergelar bintang antarabangsa.

Lakonan awalnya dalam filem Inggeris termasuk filem Bond Tomorrow Never Dies (1997) menerima pujian antarabangsa dan lakonannya dalam Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) membawa beliau kepada pencalonan British Academy Film Awards (BAFTA).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619