AGENDA

Michelle Yeoh bertemu peminat di Pavilion KL pada 18 April

4 Apr 2023, 4:14 AM
Michelle Yeoh bertemu peminat di Pavilion KL pada 18 April

SHAH ALAM, 4 APRIL: Bintang Hollywood kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh akan menemui peminat di negara ini dalam acara khas pada 18 April depan.

Beliau yang muncul sebagai pelakon pertama dari Asia memenangi Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) hadir dalam acara 'Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet' di Pavilion Kuala Lumpur,  4 petang, lapor portal The Star.

Sejak awal tahun ini, Michelle, 60, diangkat sebagai pelakon wanita terbaik bagi anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild.

Selain dianugerah filem terbaik, Everything Everywhere All at Once turut memenangi kategori pengarah terbaik, pelakon pembantu wanita dan lelaki terbaik, lakon layar asal terbaik, dan suntingan terbaik.

Michelle yang memegang watak sebagai pemilik kedai dobi Evelyn, menewaskan tiga pencabar bagi kategori pelakon wanita terbaik – Cate Blanchet (Tár), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle William (The Fabelmans).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619