BERITA UTAMA

Dana RM1 juta teruskan program bantuan alatan niaga usahawan India

28 Jan 2023, 4:01 AM
Dana RM1 juta teruskan program bantuan alatan niaga usahawan India

SHAH ALAM, 28 JAN: Program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM1 juta.

EXCO pembangunan sosio ekonomi berkata bantuan peralatan perniagaan itu membantu lebih ramai usahawan kaum itu meningkatkan pendapatan.

"Peruntukan untuk I-Seed masih sama iaitu RM1 juta dan tiada penambahan. Setakat ini, maklumat awal permohonan diterima banyak dan mesyuarat jawatankuasa pemilihan diadakan pada bulan depan untuk tetapkan agihan bantuan.

"Bagaimanapun, perancangan awal kita cuba pastikan bantuan I-Seed bagi fasa pertama disegerakan sebelum Mei depan," kata V Ganabatirau ketika dihubungi.

Program I-Seed dilancar bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kaum India melalui pemberian bantuan peralatan bergantung kepada perniagaan yang mereka usahakan.

Antara syarat kelayakan adalah rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun, individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan dan perniagaan mesti beroperasi di negeri ini.

Selain itu, perniagaan perlu aktif dan konsisten, pemohon atau pasangan (suami/isteri) tidak pernah terima bantuan peralatan di bawah program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor atau program Dana Usahawan Mikro Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619