BERITA UTAMA

Skim pinjaman i-Bermusim untuk usahawan India sempena Deepavali

12 Sep 2022, 5:00 AM
Skim pinjaman i-Bermusim untuk usahawan India sempena Deepavali
Skim pinjaman i-Bermusim untuk usahawan India sempena Deepavali

SHAH ALAM, 12 SEPT: Buat julung kalinya Kerajaan Negeri memperkenalkan pinjaman khas i-Bermusim khusus untuk usahawan India sempena sambutan Deepavali, Oktober ini.

EXCO pembangunan usahawan berkata kerjasama dengan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) itu menyediakan pinjaman bermula RM1,000 hingga RM20,000 kepada golongan berkenaan.

“Pinjaman ini khusus untuk peniaga komuniti India yang mahu berniaga di Bazar Deepavali atau rumah.

“Inisiatif Kerajaan Negeri ini dirangka khusus untuk mengurangkan beban mereka terutama yang memerlukan modal tambahan,” kata Rodziah Ismail pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, antara syarat permohonan i-Bermusim adalah rakyat Selangor atau bermaustatin lebih 10 tahun dan tempoh pembiayaan sehingga 25 minggu atau enam bulan.

[caption id="attachment_539705" align="alignleft" width="381"] EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail ketika sidang media berkenaan pembiayaan khas kepada peniaga India sempena perayaan Deepavali di Bilik Mesyuarat Semarak Api Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Menurutnya, permohonan mula dibuka hari ini hingga 14 Oktober dan borang boleh diperolehi di pejabat Hijrah atau secara dalam talian.

“Bagi peniaga bazar, kita sediakan pinjaman RM1,000 hingga RM20,000, namun bagi peniaga selain bazar kita hadkan kepada RM5,000 sahaja,” katanya.

Skim pinjaman i-Bermusim mula diperkenalkan sejak awal tahun ini sempena kedatangan Ramadan dan Syawal serta musim buah-buahan.

Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November tahun lalu mengumumkan beberapa penambahbaikan skim pembiayaan Hijrah.

Dato’ Seri Amirudin Shari antaranya mengumumkan dana RM120 juta untuk memberikan pembiayaan kepada usahawan selain mewujudkan skim baharu yang menyediakan pinjaman sehingga RM100,000 bagi mengembangkan perniagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619