AGENDA

Kes demam denggi meningkat 13.6 peratus minggu lepas, satu kematian

17 Jan 2023, 3:23 AM
Kes demam denggi meningkat 13.6 peratus minggu lepas, satu kematian

PUTRAJAYA, 17 JAN: Jumlah kes denggi pada minggu epidemiologi (ME) kedua tahun ini (ME2/23) iaitu dari 8 hingga 14 Januari meningkat 301 kes atau 13.6 peratus kepada 2,520 kes berbanding 2,219 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME2/23.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga minggu kedua 2023 adalah 4,739 kes berbanding 1,429 kes dalam tempoh sama pada 2022, iaitu meningkat 231.6 peratus, dengan dua kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding sifar kematian bagi tempoh sama pada 2022.

Katanya 67 lokaliti hotspot dilaporkan pada ME2/23 berbanding 69 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya, melibatkan 40 lokaliti di Negeri Selangor, 15 lokaliti di Sabah, enam di Pulau Pinang, lima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta satu lokaliti di Perak.

Sementara itu survelan chikungunya merekodkan 11 kes pada ME2/23 dengan lima kes di Pulau Pinang, tiga kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Kedah, Perak serta Negeri Sembilan; dan jumlah kumulatif kes chikugunya sehingga kini adalah 36 kes.

"Bagi survelan zika, 46 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619