AGENDA

Orang ramai dinasihat jangan tular komen lama sentuh soal perkauman

27 Dis 2022, 8:08 AM
Orang ramai dinasihat jangan tular komen lama sentuh soal perkauman

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula satu komen berbaur perkauman secara provokasi yang pernah tular menerusi Facebook beberapa bulan lepas, kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pada 1 April lepas seorang lelaki berumur 33 tahun telah ditahan berhubung komen berkenaan, dan dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata tangkap layar komen berbaur perkauman daripada pemilik akaun Facebook Nazrul Nazari yang dikesan tular di media sosial sejak semalam itu merupakan komen lama.

Beliau berkata semalam polis telah mengesan penularan semula tangkap layar berkenaan di pelbagai media sosial antaranya di aplikasi Facebook dan WhatsApp itu.

Menurutnya tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mendatangkan khianat awam melalui isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619