AGENDA

Polis terima laporan dakwaan PM sebagai ejen Israel, buka kertas siasatan

29 Nov 2022, 1:49 PM
Polis terima laporan dakwaan PM sebagai ejen Israel, buka kertas siasatan

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berkaitan dakwaan Ahli Parlimen Baling Hassan Saad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

"PDRM mengesahkan menerima laporan berkenaan isu terbabit. Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan fitnah).

"(Kes juga disiasat) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Putrajaya meminta polis menyiasat tuduhan yang mengaitkan Anwar sebagai ejen Israel.

Ketua AMK Putrajaya Mohamad Syazreen Ezam Mohd Saidi dilaporkan berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia turut melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Semalam, Pakatan Harapan (HARAPAN) dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan pemimpin gabungan itu sebagai ejen Israel manakala Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Fahmi Fadzil berkata Anwar sudah meminta polis mengambil tindakan terhadap fitnah berkenaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619