AGENDA

Kertas siasatan amang seksual pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR

19 Sep 2022, 12:05 AM
Kertas siasatan amang seksual pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Polis telah merujuk enam kertas siasatan membabitkan seorang pendakwah selebriti berkaitan kes amang seksual kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya, Rabu lepas.

Setiausahanya, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata empat kertas siasatan berkaitan kes di Selangor dan dua di Negeri Sembilan yang dicadangkan untuk dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak.

"Manakala terdapat satu kertas siasatan di Kuala Lumpur yang masih dalam tindakan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata sebanyak tujuh laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti berkenaan setakat ini dan individu berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Media sebelum ini melaporkan seorang pendakwah selebriti lelaki ditahan polis untuk membantu siasatan kes melakukan amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur yang dipercayai dikenali selepas melakukan program motivasi di sekolah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619