EXCO

EXCO: Lebih 1,000 individu ditawar pekerjaan menerusi karnival kerjaya negeri

25 Dis 2022, 10:07 AM
EXCO: Lebih 1,000 individu ditawar pekerjaan menerusi karnival kerjaya negeri

SHAH ALAM, 25 DIS : Seramai 1,063 individu berjaya mendapat pekerjaan menerusi Karnival Kerjaya Mega Selangor 2022 siri kedua yang berlangsung pada 10 dan 11 Disember lepas.

EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata daripada jumlah itu seramai 747 diterima bekerja semasa sesi temu duga secara terus pada program yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

"Selain itu, seramai 4,243 individu lagi dipanggil menghadiri temu duga kali kedua oleh majikan setakat hari ini. Proses tapisan temu duga kedua ini masih dijalankan dan diharap semua pemohon berjaya.

"Insya-Allah karnival ini akan terus dilaksana bagi mengurangkan kadar pengangguran sekali gus mengekalkan kadar pengangguran di Selangor bawah empat peratus," katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Karnival Kerjaya Mega Selangor 2022 siri kedua itu berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Disember dengan menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan pelbagai sektor melibatkan 300 syarikat ternama.

Antara syarikat terlibat adalah Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), Pos Malaysia, Prasarana, Puncak Niaga Holdings, Starbucks, Genting Malaysia dan agensi kerajaan serta anak syarikat Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619