PBT

Gempur lokasi pembuangan sampah haram, MPKj sita 126 lori

23 Dis 2022, 7:35 AM
Gempur lokasi pembuangan sampah haram, MPKj sita 126 lori

SHAH ALAM, 23 DIS: Sebanyak 126 lori disita Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam operasi gempur lokasi pembuangan sampah haram dari Januari hingga 19 Disember lalu, kata yang dipertuanya.

Najmuddin Jemain berkata semua lori itu disita kerana melakukan kesalahan pencemaran alam sekitar di bawah Undang-undang Kecil- Pemungutan, Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap MPKj 2007.

"Operasi ini dijalankan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan berikutan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lokasi tidak dibenarkan.

"Bagi bulan ini sahaja setakat Disember, tiga lori telah disita dan dikompaun. Antara lokasi sitaan ialah di Kampung Simpang Balak, Desa Budiman, Jalan Kuari Sungai Long, Rinching Hulu, Bukit Ampang dan Kolam Air Panas, Sungai Serai," katanya pada Mesyuarat Majlis Bil 12/2022 MPKj hari ini.

Sepanjang Ogos lalu, MPKj mengeluarkan 29 kompaun dalam operasi sama serta menyita 27 lori kerana melakukan kesalahan pencemaran alam sekitar.

Tindakan itu dilakukan bagi menangani masalah tersebut sekali gus menguatkuasakan undang-undang ditetapkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619