PBT

MPKL tangkap lembu, pemilik elak lepaskan ternakan di kawasan larangan

22 Dis 2022, 2:03 AM
MPKL tangkap lembu, pemilik elak lepaskan ternakan di kawasan larangan

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 22 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjalankan operasi menangkap lembu liar berikutan aduan penduduk di Banting dan Bandar Mahkota pada Selasa lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sebanyak dua ekor lembu dengan setiap seekor disita dalam operasi berkenaan yang dijalankan di dua lokasi terlibat.

"Ketika tinjauan mendapati terdapat beberapa ekor lembu di dua tempat itu dilepaskan di kawasan larangan yang menyalahi undang-undang dan menangkap dua daripadanya," katanya menerusi Facebook.

MPKL menjelaskan tindakan melepas haiwan ternakan di kawasan larangan menyalahi undang-undang Peruntukan 4, Enakmen Mengawal Lembu Kerbau, MDKL 1971.

"Tangkapan dibuat di bawah Peruntukan 4(1)(A), di bawah Enakmen Lembu Kerbau 1971 yang sama," ujarnya.

Sebarang pertanyaan lanjut atau aduan berkaitan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasaan MPKL melalui talian atau WhatsApp 012-300 4217.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619