BERITA UTAMA

Kejohanan perahu layar MPKL bermula, libatkan 120 peserta seluruh negara

22 Nov 2024, 12:30 AM
Kejohanan perahu layar MPKL bermula, libatkan 120 peserta seluruh negara
Kejohanan perahu layar MPKL bermula, libatkan 120 peserta seluruh negara

SHAH ALAM, 22 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menganjurkan Kejohanan MPKL-SYA Perahu Layar Terbuka kali ke-10 bermula hari ini hingga 24 November di Pantai Batu Laut, Kuala Langat.

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL memaklumkan lebih 120 peserta dan pengurus pasukan dijangka hadir bagi berentap kemahiran pengendalian perahu layar masing-masing dengan 12 kategori dipertandingkan.

“Kejohanan ini bertujuan memberi pengalaman di pelbagai lokasi pelayaran selain mencungkil bakat baharu terutama golongan belia yang cekap mengendalikan perahu layar ketika menghadapi cabaran sebenar di laut.

“Penyertaan akan melibatkan peserta daripada seluruh negara terdiri daripada persatuan negeri serta jemputan kelab pelayaran dari dalam negara,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Orang ramai turut dipelawa hadir bagi memberi sokongan dan memeriahkan acara sepanjang tiga hari berlangsung.

Acara anjuran Persatuan Sukan Layar Selangor (SYA) turut mendapat sokongan daripada Kerajaan Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Sepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619