PBT

MDKS kompaun dua pemilik ternakan sebabkan kacau ganggu

13 Feb 2021, 8:48 AM
MDKS kompaun dua pemilik ternakan sebabkan kacau ganggu

SHAH ALAM, 13 FEB: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengeluarkan dua kompaun terhadap pemilik haiwan ternakan di Jalan Raja Abdullah pada 9 Februari lalu.

MDKS berkata mereka melakukan kesalahan membiarkan haiwan itu berkeliaran tanpa kawalan sehingga menimbul kacau ganggu di laluan awam dan perumahan.

"Hasil operasi pemantauan di sekitar kawasan Bestari Jaya, Ijok dan Jeram itu kita berjaya menangkap lapan ekor kambing dan dua ekor lembu.

"Tangkapan ini dilakukan mengikut Seksyen 5(1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 dan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih 12 bulan," katanya di Facebook.

MDKS berkata operasi itu bertujuan mencegah haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau berkeliaran di kawasan awam yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Pihak berkuasa tempatan itu juga memberi peringatan pihaknya boleh menyita haiwan yang ditangkap serta disimpan di kurungan khas atas risiko pemunya dan dibayar mengikut harga ditetapkan.

"Selepas itu baharu mereka boleh menuntut kembali lembu, kambing dan kerbau mengikut Seksyen 4(4) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971.

"Manakala, Seksyen 13 Enakmen yang sama memberi kuasa kepada PBT untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah terhadap pemilik kerana melanggar mana-mana peruntukan dalam enakmen tersebut," jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619