BERITA UTAMA

Karnival kerjaya negeri di Maeps dapat sambutan, yakin capai sasar 10,000 kunjungan

10 Dis 2022, 7:01 AM
Karnival kerjaya negeri di Maeps dapat sambutan, yakin capai sasar 10,000 kunjungan
Karnival kerjaya negeri di Maeps dapat sambutan, yakin capai sasar 10,000 kunjungan

SUBANG JAYA, 10 DIS : Lebih 2,000 individu hadir setakat jam 11 pagi tadi di Karnival Kerjaya Mega Selangor siri kedua yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang di sini.

Melihat kepada sambutan menggalakkan, EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman yakin sasaran 10,000 pengunjung boleh dicapai sehingga hari terakhir esok.

"Saya mengalu-alukan rakyat Selangor mahupun luar negeri hadir ke karnival ini pada hari ini dan esok bagi merebut peluang kerja kerana kita ada 300 majikan dengan 30,000 kekosongan jawatan.

"Menariknya, kekosongan jawatan turut terbuka kepada orang kurang upaya (OKU) kerana kita juga menyediakan empat jurubahasa bagi membantu golongan ini berkomunikasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melawat gerai pameran di karnival berkenaan di sini hari ini.

[caption id="attachment_554746" align="aligncenter" width="746"] Orang ramai mendaftar sebelum menjalani temuduga sempena program Selangor Mega Job Fair di Maeps, Serdang pada 10 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas mengenai golongan muda yang kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran, Khairuddin menyarankan mereka untuk meneroka bidang kemahiran sebelum bekerja.

"Banyak yang Kerajaan Negeri tawarkan antaranya belajar kemahiran di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) dan Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

"Saya sarankan jangan terus melompat ke alam pekerjaan sebaliknya cuba ceburi bidang kemahiran terlebih dahulu," katanya.

Karnival Kerjaya Mega Selangor 2022 kali pertama berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA pada 11 dan 12 Jun disertai lebih 100 syarikat termasuk badan kerajaan dan agensi Kerajaan Negeri.

Inisiatif tersebut berjaya membantu 1,996 individu mendapat pekerjaan. Individu yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang www.selangorjobportal.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619