AGENDA

Jersi Jerman, Belgium terpaksa dijual murah lepas tersingkir dari Piala Dunia

9 Dis 2022, 10:31 AM
Jersi Jerman, Belgium terpaksa dijual murah lepas tersingkir dari Piala Dunia

DOHA, 9 DIS: Harga jersi pasukan Jerman dan Belgium menjunam di Doha berikutan prestasi buruk pasukan itu pada Piala Dunia Qatar 2022, lapor Xinhua.

Piala Dunia bukan sahaja pertandingan antara 32 skuad, bahkan merupakan pasaran penting untuk penaja jersi.

Bagi sesetengah pasukan kegemaran yang kekal di Qatar, jersi pasukan itu habis dijual, namun kit untuk beberapa pasukan yang tewas didapati tidak laku.

Di pusat beli-belah di Doha, jersi England, Argentina dan Portugal yang melangkah ke suku akhir, paling dicari, tetapi jersi Jerman dan Belgium yang gagal memenuhi jangkaan, terpaksa dijual pada harga diskaun.

Harga jersi tulen Jerman yang mengalami penyingkiran mengejut pada peringkat kumpulan, menjunam daripada 670 riyal Qatar (kira-kira US$184) kepada 329 riyal Qatar (kira-kira US$90.3), manakala jersi Belgium yang asalnya berharga 430 riyal Qatar, turun hampir 50 peratus.

Selain itu, harga jersi Sepanyol dan Jepun juga mengalami penurunan.

“Kami menyediakan sejumlah besar jersi kegemaran ramai untuk peminat, namun penyingkiran mereka yang tidak dijangka menyukarkan kami untuk menghabiskan stok dan terpaksa memberi diskaun,” kata seorang jurujual.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619