AGENDA

Jersi Selangor FC abadi nama penyokong korban Covid-19

8 Mac 2022, 2:54 PM
Jersi Selangor FC abadi nama penyokong korban Covid-19

SHAH ALAM, 8 MAC: Pasukan Selangor FC mengabadikan nama penyokong yang terkorban akibat Covid-19 pada jersi keluaran istimewa pasukan itu, semalam.

Menerusi Facebook, Selangor FC memaklumkan jersi itu hanya dijual kepada pemegang pas bermusim 2020 dengan harga RM139.

"Jersi khas ini dihasilkan bagi memperingati dan mengabadikan nama penyokong setia Selangor FC yang telah pergi meninggalkan kita akibat Covid-19.

"Semoga semangat dan memori mereka terus menjadi sumber kekuatan kelab ini," katanya.

Pasukan itu berkata pembelian jersi secara fizikal hanya boleh dibuat menerusi FASTC Pop Up Store bermula Jumaat ini.

"Bagi pembelian secara atas talian, peminat boleh menghubungi bahagian khidmat pelanggan di talian 016-3012778.

"Ia adalah eksklusif untuk pemegang pas bermusim 2020," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619